Monday, March 19, 2012

My Wish

I wish you well and happy.
Take care.
If,
one day we'll be meeting again,
I know that I will shed the tears I've been holding.




Dear abg cik,


Nadia sangat rindukan kehadiran abg cik. Nadia minta maaf kerana menitiskan air mata. Nadia masih terbayang-bayang wajah abg cik. Tersenyum di sisi kak cik. Terngiang-ngiang suara abg cik ketika abg cik temankan Nadia. Abg cik ajar Nadia cara pilih berus gigi yang elok. Nadia masih ingat. Ketika itu, Nadia masih kecil. 


Nadia minta maaf sebab tak mampu membantu keluarga abg cik seperti yang Nadia mahukan. Nadia teringat betapa gembiranya Abg cik bercakap pasal kereta. Nadia masih ingat betapa kasihnnya  Abg cik pada keluarga Nadia. Walaupun Abg cik hanya menantu abah dan ibu, abang ipar kepada adik-adik kakcik, Abg cik telah melaksanakan tanggungjawab yang seharusnya dilakukan ole seorang anak lelaki, seorang abang. Nadia berterima kasih kerana telah menunjukkan Nadia satu perkara yang takkan Nadia lupa.


Abg Cik,


Harapan Nadia untuk Abg cik ada semasa majlis pernikahan Nadia tidak lagi akan menjadi kenyataan. Harapan Nadia untuk Abg cik bertemu suami Nadia dan berborak bersama tidak lagi mampu dilakukan. 
Semoga Nadia memperoleh seorang suami yang beriman, kuat, tabah, dan sabar macam Abg cik. Amin.


Al-Fatihah.


ikhlas dari hati,

No comments: