Sunday, July 17, 2011

sifat vs fitrah

sekarang, aku rasa sangat sedih. kenapa? aku pun tak tahu. kemungkinan aku tahu, tapi aku cuma nak menidakkan kemungkinan tersebut. entah. apa nak jadi, terserah. aku cuma ingin bahagia dengan hidupku sekarang. aku tak mahu orang luar merosakkan kebahagiaan keluargaku. bukan aku nak benci melayu, cuma aku benci sikap segelintir orang melayu. hasad dengki menguasai hati masing-masing. sampai sanggup mengorbankan prinsip dan pegangan agama. apalah sangat kemewahan hidup di dunia kalau diri itu sentiasa tidak berpuas hati dan dengki apabila kehidupan orang lain sedikit melebihi daripada kita. adakah kemewahan dunia itu kekal selamanya?

kerakusan manusia mencari harta meminggirkan perikemanusiaan sehinggakan darah daging sendiri pun sanggup diputusakn perhubungan, sanggup dijadikan musuh, sanggup dibuat itu ini. di manakah hati perutmu, wahai insan yang digelar MANUSIA? tidakkah kau ingat yang kita semua ini adalah cucu cicit Nabi Adam a.s? tidakkah kau ingat yang kita semua ini adalah umat Rasulullah s.a.w? adakah kau lupa yang kita semua ini adalah hamba Allah s.w.t? kalau kau ingat, tidak lupa perkara itu, manakah letaknya hati kemanusiaan dan logik akal fikiranmu yang sentiasa disanjungi itu, melupakan nurani yang dahagakan kebenaran?

sometimes, those what seems obvious, are not obvious like they seems to be.
something that is the truth is hidden beneath it.
and i pray that all of us can finally get the hidden truth..

No comments: